e-Kehadiran MBJB

Aplikasi e-Kehadiran MBJB adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan khas untuk kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Aplikasi ini mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut : -

  • Paparan Maklumat Peribadi Kakitangan

  • Graf Analisis Kehadiran

  • Senarai Kehadiran Bulanan

  • Mengemaskini Kenyataan Kehadiran


Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

  • Maklumat Yang Dikumpul

    Tiada maklumat peribadi yang akan dikumpul semasa menggunakan aplikasi ini. Hanya kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru yang telah berdaftar melalui Sistem e-PRO Pengurusan Sumber Manusia sahaja yang dibenarkan menggunakan aplikasi ini.

  • Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi

    Data peribadi tidak akan didedahkan atau dikongsikan kepada pihak lain sepanjang penggunaan aplikasi ini.

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data digunakan untuk melindungi data sedia ada dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

  • Pindaan Dasar

    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.